Tuesday, February 13, 2007

BUAH LYCIUM (GOJI)


BUAH LYCIUM (GOJI)
Oleh Subhuti Dharmananda, Ph.D., Director, Institute for Traditional Medicine, Portland , Oregon

Buah Lycium (Goji) merupakan herba yang berasal daripada Lycium chinense dan Lycium barbarum, tumbuhan yang biasa di dapati di Asia Timur. Kulit akar tumbuhan-tumbuhan tersebut juga digunakan untuk perubatan di seluruh Asia Timur. Lycium merupakan famili Solanacea yang memberikan kita buah-buahan seperti lada, terung, ubi kentang, tomato dan lain-lain lagi. Buah ini dikenali oleh masyarakat Cina sebagai Goji, dan telah pun digunakan sejak zaman purba lagi, direkodkan seawal keujudan Chinese material medica dalam lingkungan 100A.D.


KEGUNAAN TRADISIONAL DAN MODEN

Secara tradisionalnya, buah lycium digambarkan sebagai mempunyai khasiat untuk menyuburkan darah,buah pinggang dan hati, memperkayakan yin dan melembabkan paru-paru. Ianya digunakan untuk merawat penyakit seperti batuk kering di samping dahaga ( termasuklah di peringkat awal diabetes dan tuberkulosi), pening, penglihatan yang kabur, ketajaman penglihatan yang berkurang dan batuk yang kronik. Beberapa ujikaji klinikal moden bagi rawatan kekurangan tulang sum-sum (penghasilan sel-sel darah merah, platelet atau sel-sel darah putih yang rendah) melibatkan buah lycium dalam preskripsi yang komplek untuk mengurangkan masalah penyakit..

Apabila merebus ( menyediakan teh dengan mendidihkan herba dalam air), dos 6-18gm buah lycium digunakan untuk sehari, selalunya dicampurkan dengan herba-herba yang lain, untuk masa 1 hingga 3 bulan sebagai terapi kursus tipikal (lycium juga digunakan dalam formula anti-penuaan, dimakan sejak bertahun-tahun). Dalam perubatan gastritis atropik ( penghadaman yang lemah disebabkan oleh pengurangan aktiviti sel-sel perut), pesakit-pesakit diberi makan buah lycium sebanyak 10gm setiap kali, dua kali sehari sebelum hidangan ( untuk tempoh 2 bulan). Dalam rawatan diabetes, buah lycium yang distim, dimakan dalam dos 10gm setiap kali, 3 kali sehari ( stim melembutkan buah). Dengan itu, dos di antara 10-30gm setiap hari merupakan aplikasi perubatan tipikal di China .


KONSTITUEN DAN PHARMAKOLOGI

Buah lycium mengandungi beta-karoten, Vitamin C, Vitamin B1, dan B2, beta-sitosterol ( agen anti-radang) linoleic asid ( asid lemak), immunologikal polisakarida yang aktif (5-8%), sesquiterpenoids (cyperone, solavetivone), tetraterpenoids (zeaxanthin, physalin) dan betaine (0.1%).

Penyelidikan pharmakologikal Cina, yang dikendalikan empat puluh tahun yang lalu, mendedahkan ekstrak buah lycium yang diberikan kepada tikus boleh meningkatkan imuniti tidak-spesifik, menggalakkan pengeluaran sel-sel darah merah, meningkatkan pengeluaran interleukin-2 (IL-2), dan mencegah kekurangan sel-sel darah putih akibat memakan ubat kanser. Komponen aktif yang utama ialah polisakarida, betaine dan physalin.

Dalam mengimbas kembali penyelidikan ke atas lycium yang disiarkan dalam Recent Advances in Chinese Herbal Drugs, Dr Zhou Jinhuang menyatakan polisakarida daripada buah lycium, seperti juga daripada astragalus dan ganoderma, dapat meningkatkan sel-pengantara dan tindakbalas humoral imun. Dengan hanya dos 5-10mg/kg setiap hari selama seminggu, polisakarida buah lycium boleh meningkatkan aktiviti sel-sel T, sel-sel citotoxik T dan sel-sel pembunuh semulajadi dalam haiwan-haiwan ujian makmal. Jumlah polisakarida dalam buah lycium daripada jenis lembut yang boleh dimakan mungkin tidak melebihi 5%, dengan itu jumlah ini sepadan dengan dos manusia lebih kurang 7-14gm bagi sebiji buah. Dalam kajian lycium yang dilaporkan dalam jurnal Beijing Medical University (1992), ianya dinyatakan bahawa buah lycium mengurangkan antibodi-antibodi yang berkaitan dengan tindakbalas jenis-alergi, yang dianggapkan tercapai menerusi mekanisma meningkatkan sel-sel CD8 T dan mengawal cytokines. Barangkali hasil daripada aktiviti ini, buah lycium telah dilaporkan berguna untuk rawatan psoriasis.

Beberapa tumbuhan polisakarida telah menunjukkan peningkatan pengeluaran IL-2; kesan peningkatan polisakarida lycium ke atas aktiviti IL-2 telah dilaporkan oleh Institut Pharmakologi dan Toxicologi Beijing (1989). Di Amerika Syarikat, IL-2, telah dikaji sebagai faktor meningkatkan imunisasi sejak tahun1983, berguna untuk kanser dan beberapa jangkitan HIV.

Betaine, apabila dicampurkan kepada makanan ayam, meningkatkan pembesaran haiwan dan pengeluaran telur, dan sekarang ini digunakan di ladang ternakan ayam dan itik disebab oleh kesan-kesan tersebut. Buah lycium yang diberi kepada tikus telah merendahkan kolestrol darah dan gula darah mereka; diberi kepda arnab, ianya menghalang pembentukan artherosklerosis. Betaine juga menunjukkan perlindungan kepada hati-hati haiwan-haiwan ujian makmal daripada kesan toksin kimia; lain-lain kajian pharmakologik telah menunjukkan ia adalah antikonvulsi (anti-kejang), sedatif dan vasodilator.

Dalam tahun 1974, dilaporkan Betaine boleh merawat pelbagai penyakit hati yang kronik; buah lycium sering kali diberikan bersama dengan satu lagi buah herba Cina, schizandra, untuk tujuan tersebut. Tahun-tahun kebelakangan ini, betaine telah dimasukkan dalam beberapa produk nutritional tambahan Barat, terutamanya kepada mereka yang ingin membina otot. Betaine sejenis alkaloid, kadang kala dikelaskan sebagai amino asid, yang juga ditemui dalam capsicum, silibum (sumber daripada silimarin flavonoid pelindung-hati) dan beets ( Beta vulgaris, di mana betaine mendapat namanya) Betaine digunakan oleh hati untuk menghasilkan choline, satu sebatian untuk menenangkan ketakutan, meningkatkan memori dan melindungi penyakit hati berlemak. Dalam tumbuhan bit, iaitu sumber komersil daripada sebatian terasing, kandungan betainenya adalah pada paras 0.3 - 0.7%.

Satu lagi tumbuhan dalam famili Solanaceae, iaitu Physalis angulata, mengandungi physalin ( salah satu daripada bahan lycium) sebagai komponen aktif yang utama. Herba tersebut digunakan sebagai rawatan untuk Hepatitis B. Ekstrak physalin telah menunjukkan peningkatan aktiviti sel pembunuh semulajadi di organ limpa tikus yang bersaiz normal atau berpenyakit kanser, menunjukkan ianya mempunyai kesan anti-kanser berbagai jenis.

Buah lycium telah diberi untuk merawat masalah mati pucuk. Telah dilaporkan pemgambilan terus buah lycium dan pengambilan dalam bentuk ekstrak, menunjukkan peningkatan nyata paras androgen dalam darah, menjadikan pesakit-pesakit berasa lebih bertenaga. Rupa-rupanya sitosterol atau terpenoids yang bertanggungjawab untuk kesan ini. Dos harian buah lycium yang diperlukan untuk memperolehi kesan lebih kurang 10gm/sehari.

Seperti juga memakan buah-buah yang lain, lycium tidak bertoksik. Kajian toksik menunjukkan suntikan 2.4gm/kg ekstrak buah lycium tidak menyebabkan tindak balas berbalik, tetapi dos sebanyak 25g/kg, tindak balas toksiknya cepat. LD50 telah ditentukan pada dos lebih kurang 8.3gm/kg ( kira-kira 1 paun buah kering, diekstrak dan disuntik untuk seorang)


LYCIUM SEBAGAI SUMBER PENINGKAT-IMUN POLISAKARIDA

Dalam mengimbas kembali peningkat-imun polisakarida (ITM, 1993), dicadangkan dos harian polisakarida aktif lebih kurang 3.5gm sehari sudah memadai sebagai dos minima untuk mencapai kesan yang cukup baik dalam menghalang kanser atau infeksi viral kronik. Paras dos yang sama, iaitu 3.0gm/sehari, telah ditentukan baru-baru ini di Institut Kanser Sloan-Kettering (komunikasi peribadi). Untuk memperolehi jumlah ini dengan semata-mata memakan buah lycium ( dianggarkan 5% polisakarida) mungkin sukar: dos harian sepatutnya 60-70 gram. Walau bagaimana pun, sekiranya buah lycium dimakan bersama-sama dengan polisakarida tambahan yang lain, ianya cukup untuk menyumbang kepada jumlah dos harian yang diingini. Rasa buah lycium yang sedap dan boleh dimakan terus - dimasak bersama makanan, juga dalam arak berherba, dan dalam bentuk tablet- menjadikan ia sumber yang ideal. Ianya juga tidak mahal. Dos 30-35g buah mentah sehari kosnya hanya 1 US dollar. Pengalaman lebih daripada 300 pesakit di Immune Enhancement Project di Portland yang mengamalkan buah lycium menunjukkan tindak balas berbalik tidak terjadi dengan dos yang dicadangkan di atas, mengesahkan laporan dari China.

No comments: